Friday, July 5, 2013

BiMbingKu keJalaN YanG BeNar...

"Usah biarkan TAUFIK dan HIDAYAH terpisah di persimpangan jalan"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم  


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.



Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mintalah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.



"Usah biarkan TAUFIK dan HIDAYAH terpisah di persimpangan jalan".

Dari Surah Al-Qasas (Ayat 56).
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”


"Sejauh manapun langkah kakimu tersasar, ingatlah Allah sentiasa menunggu kata TAUBAT darimu..."

SuDaHkaH AndA PaTuH PadANya....??

:::.. AURAT..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas bernikah, sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa.
Tapi relakah kamu bila bapa menanggung dosa itu sebelum bernikah?
Kesian ayah :'(

HARAM jawab : Tak TUTUP AURAT sebab tak sampai seru/Nur (cahaya)
 Sebab SERUAN ada dalam Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

-Ustaz Azhar Idrus


 ______________________________________

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

AmALKaN WalAupUn SeDiKiT......


Ini BEKALAN kita Di Akhirat KELAk....

Zikir Harian

Jumaat
يا الله
-Rahmat allah hampir dan jauh dari azab Allah.

Sabtu
لااله الا الله
-Dihapuskan dosa anggotanya yang tujuh.

Ahad
يا حى يا قيوم
-Dipelihara imannya oleh Allah.

Isnin
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العطيم
-Dihapuskan sifat-sifat yang tercela.

Selasa
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
-Dapat syafaat Nabi Muhamad SAW.

Rabu
أستغفر الله العطيم الدى لااله الا هو الحى القيوم واتوب اليه
-Dihapuskan 1000 dosa.

Khamis
سبحان الله العطيم وبحمده
-Tumbuh tanaman syurga baginya.

CiTa- CiTa Ku....


Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah

Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. “Bukan senang” yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah,doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat redha daripada Allah S.W.T. 

Tuesday, July 2, 2013

PuAsA DaTAnG LaGi.... ALHAMDULILLAH...


Puasa di perantauan lagi tahun nie......


Selamat menyambut bulan puasa bagi tahun 2013...

PuAsA JaNgAN TaK PuAsA.....


Bulan Puasa penuh dengan Barokah....


PUASA jangan lupa NIAT...



Orang umum dah bila mula puasa...
Tunggu orang umum bila mula raya pulak....
HAHAHAHA...


RAYA X JADI !!!


SALAM BERAYA DI PERANTAUAN....




Lirik Lagu Dendang Perantau – P. Ramlee
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
JANGAN bersedih.....
tahun depan kena balik laaa...

NaSiHaT DaRipaDA SayA...
TiKeT rAya KenA beLi AwAL...


PENCARIAN ANDA BERAKHIR DISINI...


PROMOSI HEBAT SEMPENA HARI RAYA ...

SIAPA CEPAT DIA DAPAT..

STOK ADALAH TERHAD KEPADA SEORANG SAHAJA.....

boleh digunakan untuk majlis2 kenduri @ walimatul urus....





anda ingin fesyen hubungi saya melalui facebook...
hanya pembeli yang serius akan dilayan....


  • harga : RM 99.99 (boleh dirunding)
  • warna : hitam
  • ciri2 : hitam bergaya
  •           hitam nampak kemas
  • penghantaran percuma ( hanya sekitar besut shj)
  • lokasi : Besut, Terengganu
  • keadaan : baik
  • percuma : baju t-shirt


    video untuk tontonan umum...
    kepada saudara saudari yang tidak balik beraya... 
    salam perantauan daripada saya,,
    jangan bersedih dan tabahkan hati anda..

    <saya pom x balik juga raya tahun nie>
    :(

    Iklan Petronas Raya : Burung Murai


    iKLAN rAYA pETRONAS- sAYANGI oRANG tUA kITA